Sunday, December 13, 2009

KEPEDULIAN MASYARAKAT - mendekati komuniti Bajau di Pulau Bum-bum dan Larapan, Semporna

Alhamdulillah, pada 5-10 Dec 2009 saya berpeluang melaksanakan misi kepedulian masyarakat ini bersama jaringan kerjasama UKM, KEMAS, dan NGO (HALUAN). Kali pertama dimaklumkan oleh ayahanda penyelia (ketika melaksanakan PhD)  utk mengikutnya ke Semporna hati saya sangat gembira. Lantas mengambil cuti rehat 7-10 dec. Inilah kali pertama saya berpeluang melihat sendiri bagaimana kehidupan komuniti Bajau di Sabah. Sebelum ini hanya berpeluang bersama masyarakat Orang Asli di Semenanjung. Kiranya, saya telah melewati hampir kesemua kampung Orang Asli baik di bandar, pinggir bandar, dan pedalaman. Mereka ini terlalu dekat dihati.


Untuk misi ini, khidmat masyarakat dilaksanakan serentak dengan penyelidikan sosioekonomi. Pulau Bum-Bum dan Pulau Larapan adalah fokus utama. Untuk makluman, terdapat kira-kira 80ribu penduduk di Pulau Bum-bum dan lebih jika saya tidak silap lebih kurang 360 buah kampung di sana. Majoriti penduduk adalah keturunan Bajau dan 90% muslim. Sayangnya, majoriti adalah miskin dan mereka masih jauh ketinggalan dari semua segi terutama pendidikan. Memanglah di sana ada ramai kanak-kanak tiada sijil kelahiran kerana status pti - pendatang tanpa izin. Tetapi dari segi kemanusiaan, hati saya begitu sayu melihat wajah anak-anak ini kerana adakah mereka sememangnya ditakdirkan sbg pti sepanjang hayatnya? Anak-anak tetap anak-anak. Tiada dosa mereka itu. Tapi saya lagi sedih + marah apabila bertemu ibu-ibu yang merintih kerana anaknya tidak dapat ke sekolah kerana tiada sijil kelahiran bukan disebabkan mereka pti, tetapi seringkali diberi jawapan yang mengecewakan apabila berurusan pendaftarannya. Kenapa ini berlaku?? Ketika ini saya teringat kanak-kanak Orang Asli di Semenanjung. Tabik pada JHEOA dan Jab. Pendaftaran. Walau jauh di pedalaman mana, sijil kelahiran & mykad sentiasa diusahakan.

Dari segi semangat, saya begitu mengkagumi komuniti Bajau ini. Mereka miskin harta. Tetapi kaya adat dan adab. Saya dan pasukan penyelidik telah dijamu pelbagai juadah yang saya kira cukup utk budget seminggu mereka sekeluarga.

.....akan bersambung.

1 comment:

  1. salam.,..terima kasih sbb berpeluang ke pulau bum-bum tempat kelahiran sya.. baru2 ini sya balik ke kampung dan sya dimaklumkn ada pelajar universiti yg dtg menjlankn prgram di sekitar pulau..bgus sebnarnya program yg dianjurkan dan smoga berpluang lg untuk dtg ke sana...saat ini sudah kembali ke perak..

    p/s : teringin jg membuat kajian dlm projek akhir pengajian sya nnti ttg pulau tersebut..

    ReplyDelete