Sunday, October 31, 2010

Siri Kepedulian Masyarakat Chee Wong


Pelajar sedang mengendalikan program
 "Sarapan bersama masyarakat Chee Wong"
Siri kepedulian masyarakat kali ini dilaksanakan di Kg. Sg. Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang pada 16 - 17 oktober 2010. Seramai 24 pelajar dan saya sebagai pensyarah penasihat/pengiring merangkap petugas keselamatan dalam program ini.

Tujuan program ini sebenarnya saya rancang sebagai pendedahan kepada pelajar kursus 'Perancangan dan Penilaian Program' kepada realiti masyarakat luar bandar dan khususnya Orang Asli. Selain daripada mendapat pengalaman berharga, pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori yang diperolehi dari pembelajaran dalam bilik kuliah secara praktikal (amali).


Inilah hotel berjuta bintang tempat saya menginap bersama anak (4 tahun)


Sebahagian peserta program. Di sebelah kanan saya adalah Tok Batin Ba' bin Raja Tek,
diikuti Ustazah Zalilah yang merupakan perantara saya dengan komuniti Chee Wong
sejak dari tahun 2005 lagi.

Gambar istimewa: Anak saya {Farhah Naziha; 4 tahun} bersama isteri Tok Batin Ba' bin Raja Tek


Sesi melukis...belia Chee Wong sedang melukis peta kampung mereka tinggal

Sukaneka bersama kanak-kanak Chee Wong



Balai Tradisional
Beri peluang pelajar menjadi chef..
Dari kiri: Ustazah Zalilah, saya, Farhah Naziha
Sempat melawat gajah di Pusat Penjinakan Gajah yang berada bersebelahan Kg. Sg. Enggang
Pelajar berkesempatan mendekati masyarakat lebih dekat...1Malaysia
Sesi 'penjagaan kebersihatan gigi' yang dikendalikan oleh pelajar
En. Ja'afar (kenalkan..my husband) sempat melakukan 'tagging' untuk maklumat GIS bagi menambah bahan penulisan ....

Walaupun mendapat dana yang kecil (RM1000) sahaja, tetapi program berjaya dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang memberikan kerjasama dan sokongan padu untuk menjayakan siri kepedulian masyarakat kali ini.
Program ini akan sentiasa dirancang dan dilaksanakan demi mendekatkan komuniti universiti dengan komuniti luar bandar khususnya komuniti istimewa, Orang Asli dan peribumi Sabah & Sarawak.

Sunday, May 30, 2010

Kursus SPSS/PASW

Kursus Asas Penggunaan SPSS/PASW pada 25-27 Mei 2010
anjuran INFRA, KKLW.

Pada 25 - 27 Mei yang lepas, saya bersama Dr. Ma'rof dan Saudara W.A. Amir Zal telah menghadiri kursus tersebut sebagai fasilitator bengkel. Peserta terdiri daripada staf INFRA dan agensi di bawah KKLW seperti KEJORA, FELDA, JHEOA. Kesemua mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan dan kursus ini sebagai mengukuhkan kemahiran penggunaan SPSS atau pada masa ini dikenali PASW. 

Sebahagian peserta yang mengikuti kursus:

 Turut bersama: Dr. Ma'rof (sebelah kiri saya) dan diikuti En. Shamsudin (Pengarah Unit Perancangan INFRA) dan Saudara W.A. Amir Zal.

Friday, February 5, 2010

Siri kepedulian masyarakat bersama komuniti Seletar di JB

 Gambar 1: Kanak-kanak Seletar

Siri kepedulian masyarakat kali ini dilaksanakan bersama Orang Seletar di Johor Bahru dalam bulan Januari 2010. Ketika menyampaikan hasrat untuk ke Danga Bay bertemu Orang Asli di sana, lantas ayat popular yang diajukan oleh rakan-rakan "Ada Orang Asli di bandaraya Johor Bahru?". Bukan satu kejutan bagi saya apabila orang bertanya begitu. Bahkan ada juga yang menganggap Orang Asli hanya tinggal jauh di hutan iaitu kawasan pedalaman dan punya budaya kehidupan yang sangat jauh ketinggalan dari arus perdana.
Bagi saya, pandangan-pandangan ini adalah refleks daripada kurangnya pengetahuan tentang saudara kita Orang Asli. Mungkin kerana banyak bahan bacaan mengenai komuniti ini daripada penulisan pengkaji Barat lantas maklumatnya juga tidak setepat mana (mungkin situasi yang ditulis adalah situasi 1970-an kerana kajiannya pada tahun demikian. Tetapi dibaca pada tahun 2000-an, dan difahami situasinya masih begitu). Mungkin juga kerana tidak pernah mengambil tahu tentang budaya kehidupan saudara kita Orang Asli di Malaysia.

Jawapan saya: "Ya, ada. Orang Asli juga seperti kita boleh berada di mana-mana saja. Mereka juga berpakaian seperti kita. Ramai yang punya rumah batu, bahkan ada yang punya kereta besar dan perniagaan sendiri. Orang Asli ada berjawatan Profesor, Senator, Businessman berjaya, dsbnya.Cumanya, mereka punya identiti dan kebudayaan yang tersendiri".
                                                    

Gambar 2: Dr. Nobaya (Timb. Dekan Akademik, FEM) memerhati aktiviti karangkraf daripada hasil laut yang dilakukan oleh wanita Seletar.

Banyak lagi pandangan masyarakat umum mengenai Orang Asli yang perlu diperbetulkan. Lantas, siri kepedulian masyarakat bersama komuniti ini sangat penting merapatkan jurang antara golongan akademia dengan komuniti Orang Asli dan begitu juga agensi pembangunan dengan kedua-dua golongan ini. Justeru, kumpulan penyelidik Jabatan Sains Kemasyarakatan & Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia telah meletakkan kepedulian masyarakat peribumi sebagai salah satu 'niche area'. Pastinya akan menyusul siri-siri kepedulian bersama aktiviti-aktiviti penyelidikan, penerbitan dan aktiviti pengembangan bersama para pelajar.


Gambar 3: Antara kumpulan penyelidik Jab. Sains Kemasyarakatan & Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM bergambar bersama Orang Seletar di Johor Bahru, Johor.
[penyelidik dari kiri: Dr. Ma'rof Redzuan (t-shirt biru), PM. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah (bertopi), Dr. Hanina Hamsan, Dr. Nobaya Ahmad, En. Wan Amir Zal (vest hitam)]