Sunday, October 31, 2010

Siri Kepedulian Masyarakat Chee Wong


Pelajar sedang mengendalikan program
 "Sarapan bersama masyarakat Chee Wong"
Siri kepedulian masyarakat kali ini dilaksanakan di Kg. Sg. Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang pada 16 - 17 oktober 2010. Seramai 24 pelajar dan saya sebagai pensyarah penasihat/pengiring merangkap petugas keselamatan dalam program ini.

Tujuan program ini sebenarnya saya rancang sebagai pendedahan kepada pelajar kursus 'Perancangan dan Penilaian Program' kepada realiti masyarakat luar bandar dan khususnya Orang Asli. Selain daripada mendapat pengalaman berharga, pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori yang diperolehi dari pembelajaran dalam bilik kuliah secara praktikal (amali).


Inilah hotel berjuta bintang tempat saya menginap bersama anak (4 tahun)


Sebahagian peserta program. Di sebelah kanan saya adalah Tok Batin Ba' bin Raja Tek,
diikuti Ustazah Zalilah yang merupakan perantara saya dengan komuniti Chee Wong
sejak dari tahun 2005 lagi.

Gambar istimewa: Anak saya {Farhah Naziha; 4 tahun} bersama isteri Tok Batin Ba' bin Raja Tek


Sesi melukis...belia Chee Wong sedang melukis peta kampung mereka tinggal

Sukaneka bersama kanak-kanak Chee Wong



Balai Tradisional
Beri peluang pelajar menjadi chef..
Dari kiri: Ustazah Zalilah, saya, Farhah Naziha
Sempat melawat gajah di Pusat Penjinakan Gajah yang berada bersebelahan Kg. Sg. Enggang
Pelajar berkesempatan mendekati masyarakat lebih dekat...1Malaysia
Sesi 'penjagaan kebersihatan gigi' yang dikendalikan oleh pelajar
En. Ja'afar (kenalkan..my husband) sempat melakukan 'tagging' untuk maklumat GIS bagi menambah bahan penulisan ....

Walaupun mendapat dana yang kecil (RM1000) sahaja, tetapi program berjaya dilaksanakan.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang memberikan kerjasama dan sokongan padu untuk menjayakan siri kepedulian masyarakat kali ini.
Program ini akan sentiasa dirancang dan dilaksanakan demi mendekatkan komuniti universiti dengan komuniti luar bandar khususnya komuniti istimewa, Orang Asli dan peribumi Sabah & Sarawak.

2 comments:

  1. Dr. Nina, nak join jgk if there's any other programmes related to indigenous people, bolehkan? hehe.. nk rs duduk dlm hotel "berjuta bintang"..;p

    Azeqa

    ReplyDelete
  2. Of course ada. Kita dah jadi team indigenous study, sure boleh. Hotel tak de atap pun bole..:)

    ReplyDelete