Thursday, October 27, 2011

Dari bilik kuliah ke lapangan: Membawa pelajar siswazah mendekati masyarakat Mahmeri di Pulau Carey

Ini adalah aktiviti kelas 'Culture and Personality' bagi pelajar Master dan PhD di jabatan saya. Majoriti adalah kali pertama berjumpa masyarakat Asli dan pelajar dari Nigeria juga berpeluang berkenalan dengan penduduk mahmeri di sini.
Perjalanan pergi-balik menggunakan bas UPM.

Aha...sudah sampai. Perjalanan dari UPM ke Kg. Bumbum mengambil masa 1 jam.

 Dua pelajar antarabangsa (Nigeria) dan seorang pelajar tempatan - mereka seronok

Seperti biasa, memberi ucapan aluan kepada Tok Batin tanda penghargaan sudi terima kunjungan kami.

Oho..menjadi penterjemah antara Tok Batin dan pelajar saya - Chidi dan Abdu.

 Bersama best friend aka tutor di jabatan saya; Pn. Azlina Khir (sedang cuti belajar- PhD)

 Pelajar bersama pengukir di salah satu kiosk yang disediakan kerajaan khusus untuk aktiviti pengukiran

 Beramah mesra sambil memerhati kerja mengukir

Inilah antara hasil ukiran (belum siap). Yang ni namanya 'Harimau Berantai'. Daripada sebongkah kayu Nyireh menjadi sebegini. Rantai diukut bercantum antara satu sama lain tanpa putus dan bole di dalam mulut harimau! Mereka (kaum Mahmeri) ini adalah pengukir no. 1 di dunia!

No comments:

Post a Comment